Saturday, December 5, 2009

Panduan Peribadi Positif

Panduan peribadi positif ini adalah ringkasan penulisan mengenai manusia oleh Napoleon Hill untuk kita kongsi bersama dan menjadi panduan peribadi kita bersama. Kata-kata itu adalah seperti berikut :-


Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi

Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sifat peribadi anda ialah tingkah laku anda

Sentiasa berfikir bahawa apa sahaja yang anda fikirkan itu merupakan sesuatu yang kekal dalam sifat peribadi anda

Sifat peribadi yang kukuh adalah asset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan

Pilih seseorang yang anda sanjungi dan ikuti caranya. Ini mungkin membuat anda memujanya, dan memperbaiki sifat peribadi anda

Kemegahan itu merupakan suatu pengakuan terhadap kompleks rendah diri

Kata-kata yang tidak senonoh merupakan tanda bahawa kita sebenarnya kekurangan tanda bahawa kita sebenarnya kekurangan perbendaharaan kata atau mempunyai penilaian yang buruk

Jika anda terpaksa menipu, pastikan anda tidak pernah mencuba untuk menipu sahabat baik anda: Diri anda sendiri

Wang mempunyai kebaikan dan keburukan, menurut sifat peribadi orang yang memilikinya

Tiada siapa yang benar-benar baik sehingga tidak ada sedikit pun keburukan dalam dirinya, dan tiada siapa yang benar-benar jahat sehingga tiada sedikitpun kebaikan dalam dirinya

Manusia yang jujur hanya kerana ganjaran harus dianggap sebagai tidak jujur

Manusia yang malas itu, sama ada dia sakit atau tidak pernah menemui kerja yang benar-benar

Jika anda mempunyai sifat peribadi yang kukuh, anda tidak perlu bimbang dengan reputasi anda

Jaga dengan baik sifat peribadi anda, dan reputasi anda akan muncul dengan sendiri

Kepalsuan senentiasa dapat menonjolkan diri

Tiada kompromi antara jujur dan khianat

Orang selalu meminjam wang berdasarkan sifat peribadi, bukan reputasi, kerana mereka tahu tidak semua reputasi itu layak dan sesuai

kejujuran adalah kualiti spiritual yang tidak dapat dicipta menggunakan wang

Adalah mudah untuk menjustifikasikan khianat jika anda senentiasa melakukannya

Terlalu banyak kebenaran akan membuatkan sesetengah orang marah

Sopan santun biasanya bermula dirumah atau ianya tidak pernah bermula sama sekali

Manusia yang mempunyai masa hanya untuk gossip dan mengumpat terlalu sibuk untuk mengejar kejayaan

Pencapaian yang hebat adalah hasil daripada perjuangan

Jangan menyalahkan bintang (horoskop) jika anda tidak bernasib baik. Renungilah diri anda untuk memperolehi hasil yang lebih baik

Menghormati diri sendiri adalah cara terbaik untuk membuat orang lain menghormati anda

Sifat peribadi yang kukuh bermula dengan rasa hormat yang mendalam pada diri sendiri

Jika anda mempunyai lebih ramai musuh berbanding rakan, nisbahnya ialah seribu: Satu

Pengunaan masa yang paling bermanafaat ialah bertafakur secara senyap, sambil mencari panduan

Apabila anda telah benar-benar Berjaya mangawal diri, anda boleh menjadi pemimpin kepada diri anda

No comments:

Post a Comment