Thursday, February 16, 2012

Man Jadda Wajada

“Man Jadda Wajada” is an arabian motto which means “…Someone who are really serious and persistent about his/her dreams, will succeed….”

We face very tough competition now. If we don’t have extra effort, we will not succeed our goals. Everyone wants to get the best. Everyone wants to be the best. In fact, there will be only a view people who can make it true. It is because the chance available in front of us is very limited.

We have to work harder and harder to reach our goals. It will be, sometimes, a hard fact when our competitors are our best friends. Someone who used to be with us, to help us and to do anything to help us, now, they will compete with us to reach the same limited goals and position.

Sometimes, the competition itself can be so dirty, no matter who the competitors are, so many wrong way can be taken in order to reach this limited chance/goal. In some cases, someone who used to be very nice to us can be so merciless to us because of the competition.
So, what are we going to do if one of our friends get us by dirty ways?
Are we going to do the same things?
NO, the answer is not!!!


whatever it takes, we have to stay on the right way. Do not revenge the bad things with another bad things! It isbecause it will lead more destructions to our life, mentally and even physically, whether directly or indirectly.

We have to stay on the fair way. we have to try and give the best efforts to make our goals come true, but when we fail our goals, it does not matter. Believe me, it doesn’t matter because at least we’ve tried our best. We have to realize that our job is just give some optimal efforts, not to ensure the result. Just try our best, pray for the best and Alloh will gives us the best for our life.

Don’t be so hard about this life…

Think possitively,…

Enjoy our life and go for some great dreams by doing our best!!!

Syirik

Bahaya Syirik

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melazimi mengerjakan segala suruhan-Nya dan menghindari segala tegahan-Nya. Yakinlah bahawa hanya dengan ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah sahaja akan menjamin kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya kebahagian adalah impian setiap insan dan kebahagian sejati bermula dari dalam jiwa manusia yang berasaskan kepada akidah yang benar dan tepat, bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran syirik yang merosakkan akidah seorang Muslim.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Syirik bermaksud mempersekutukan Allah SWT, meyakini dan mempercayai kepada sesuatu makhluk bahawa ia berkuasa untuk memberi manfaat dan mudharat terhadap sesuatu perkara. Kepercayaan yang merosakkan akidah ini dapat dilihat melalui perlakuan seperti memuja dan meminta pertolongan di tempat-tempat yang dipercayai keramat atau penunggu, berjumpa pawang untuk menilik nasib, membuat tangkal dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w melarang umatnya dari melakukan segala bentuk syirik kerana ia merupakan dosa besar yang amat dimurkai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 48:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun) dan akan mengampuni dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar”.

Akidah yang bersih dari segala bentuk perlakuan syirik adalah asas agama Islam. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w berjuang menumpukan dakwah dalam tempoh kerasulan baginda bagi memperbetulkan akidah manusia. Justeru, sebagai seorang muslim, kita sewajarnya sedar tentang kepentingan akidah agar kita terus memperkemaskan dan memagarinya dengan ilmu, amal dan taqwa. Agar ia tidak mudah goyah dan dicemari dengan apa jua perlakuan syirik.

Syirik boleh berlaku dalam lima perkara:

Pertama : Syirik dalam iktikad.
Iaitu meyakini ada Tuhan selain Allah.

Kedua : Syirik dalam ketaatan.
Iaitu mentaati manusia lebih daripada mentaati Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w: ”Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta”(Riwayat Bukhari)
Ketiga : Syirik dalam kasih sayang.
Iaitu mengasihi manusia atau harta benda lebih dari mengasihi Allah.

Keempat : Syirik dalam tawakal.
Iaitu berserah kepada manusia atau makhluk lebih dari berserah kepada Allah.

Kelima : Syirik dalam Ibadah.
Iaitu mengabdikan diri kepada selain Allah.

Al-Quran menerangkan syirik boleh berlaku dalam banyak bentuk. Sebagai contoh, orang Yahudi melakukan syirik kerana menyangka Uzair adalah anak Tuhan dan orang Nasrani melakukan Syirik dengan menyembah Nabi Isa a.s. Ketaatan, kecintaan dan kasih sayang, taasub
dan kefanatikan kepada individu secara berlebihan semuanya boleh membawa kepada syirik.

Di antara perbuatan syirik yang masih berleluasa dan menjadi amalan di dalam masyarakat kita sehingga hari ini adalah mempercayai pawang, tangkal dan azimat seperti mengamalkan ilmu menurun, memuja kubur, memakai susuk, memuja untuk mendapatkan wang dan sebagainya. Bahkan drama-drama di televisyen sering memaparkan cerita-cerita tahyul dan hantu yang memaparkan watak bomoh, pawang dengan menggunakan kuasa tangkal azimat sehingga menarik minat ramai penonton dan sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa dan akidah mereka khususnya terhadap remaja dan kanak-kanak. Rasulullah s.aw dengan tegas melarang semua perbuatan ini kerana adalah perlakuan syirik.

Hadis daripada Abdullah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; ”Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah perlakuan syirik.” (Riwayat Hakim)
Sebenarnya amalan syirik seperti ini sudah sekian lama berada didalam kehidupan manusia. Walaupun telah terbukti amalan-amalan ini tidak memberi apa-apa kesan secara pasti dan nyata, ia masih terus diyakini dan diamalkan oleh ramai manusia. Perbuatan syirik ini juga diamalkan secara meluas di kalangan umat arab sejak zaman berzaman. Rasulullah s.a.w telah berusaha dengan gigih menghapuskannya dari kehidupan umat Islam bagi memastikan akidah mereka bebas dari sebarang perlakuan syirik.

Daripada Uqbah bin ’Aamir R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ”Sesiapa yang menggantung azimat maka Allah tidak akan menyempurnakan hajatnya, dan sesiapa yang menggantung tangkal maka Allah tidak akan memberikan perlindungan kepadanya.” (Riwayat Abu Ya’la dan Hakim)
Jelas sekali kemurkaan Allah SWT kepada mereka yang mensyirikkanNya, sehingga Allah berjanji tidak mengurniakan hajat mereka. Sudahlah harapan tidak kesampaian, ditambah pula dengan kemurkaan Tuhan di atas amalan syirik yang mereka amalkan. Bukankah ini perlakuan yang sangat merugikan dan sia-sia?.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perlu kita sedari bahawa di samping amalan-amalan syirik yang telah dinyatakan tadi, di sana ada satu jenis syirik kecil yang tersembunyi (خفي) yang telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW agar kita berwaspada terhadapnya.

Daripada Mahmud bin Labid R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ”Sesungguhnya apa yang paling aku takuti terjadi ke atas kamu adalah Syirik yang tersembunyi. Para Sahabat bertanya. ”Apakah Syirik yang tersembunyi itu, ya Rasulallah?” Baginda menjawab, ”Riak. Allah berseru kepada mereka yang riak pada hari kiamat tatkala manusia menerima ganjaran pahala amalan-amalan mereka, ”Pergilah kamu kepada orang orang yang kamu pertontonkan amalan kamu kepada mereka, lihatlah adakah di sisi mereka ganjaran pahala (kamu).” (Riwayat Ahmad)
Alangkah malangnya nasib orang yang riak. Mereka dihalau dari rahmat Allah dan disuruh menuntut pahala dari orang yang meraka beramal kerana orang-orang tersebut. Siapakah yang boleh memberi pahala kepada orang lain di hari yang penuh kekalutan itu? Ternyata tiada siapa yang dapat memberi pahala selain Allah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita kembali kepada Allah dengan bertaubat dan meninggalkan segala perbuatan dan perlakuan syirik. Tiada yang bakal kita perolehi selain kemurkaan Allah dan tersingkir dari lindungan naungan Allah dan rahmat-Nya. Sedarlah bahawa sebagai seorang yang beriman, kita selayaknya hanya berdoa, memohon hajat dan perlindungan kepada Allah SWT sahaja. Pada masa yang sama kita taati segala perintah Allah dan meninggalkan segala maksiat dan kemungkaran agar hajat-hajat dan doa kita tidak terhijab. Setelah segala usaha kita jana dan doa kita panjatkan, bertawakkal dan berserah dirilah kepada-Nya. Begitu juga segala amal ibadah yang kita lakukan, perlu dipastikan ianya dengan tulus ikhlas kerananya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Seseorang yang syirik kepada Allah bererti dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan mengiktiraf tuhan selain Allah, lalu dia dihumban ke lembah keresahan, ketakutan dan terhina di akhirat dengan azab neraka yang telah Allah sediakan disebabkan amalan syirik yang mereka lakukan.

Firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 151 :

“Kami akan masukkan ke dalam hati orang kafir itu rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu (yang mereka sembah) sedangkan Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. (Dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka. Itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagiorang zalim”.

Lihatlah kehinaan di dunia dan di akhirat yang telah Allah sediakan untuk orang-orang yang mensyirikkannya. Semoga kita akan sentiasa berusaha menjauhi segala amalan dan perlakuan syirik ini sepanjang hayat kita.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, marilah kita imbas kembali antara intipati penting khutbah Jumaat hari ini. Antaranya :

Pertama : Syirik adalah satu dosa besar. Orang yang terlibat dengannya perlu segera bertaubat dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Kedua : Perlakuan Syirik mengundang bencana di dunia dan di akhirat. Di dunia terhina dengan laknat dan tersingkir jauh dari Rahmat Allah manakala di Akhirat akan tersiksa dengan azab neraka.

Ketiga : Sifat mazmumah (tercela) seperti riak dikira sebagai syirik tersembunyi yang menjadi petaka di dalam amalan seorang Muslim. Orang yang riak akan hampa dan kecewa kerana dia tidak akan diberi pahala amalnya oleh Allah SWT di akhirat .

”Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, ”Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
(Luqman : 13)

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang melimpahkan rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru, kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, tambahkan kami dengan ilmu dan kemahiran, suburkanlah jiwa kami dengan akhlak mulia, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya hidup kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Ya Allah, bukakanlah hati kami, untuk melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara’ dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan. Demikian jua Ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang mewakafkan hartanya di negeri ini, limpahkanlah nikmat iman dan kesihatan yang berpanjangan kepada mereka, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Akidah (Hadis)

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Huraian Hadith:

Pengajaran hadis:

i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya “ Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya


-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.