Thursday, December 3, 2009

Aku Ingin Berubah

Koleksi kata-kata hikmah dari telefon bimbit ku ini telah membawa kesedaran dalam hidup ku ini, aku perlu berubah mengikut zaman dan umur ku. Perubahan ini akan ku buat semasa aku masih boleh bernafas di dunia ini. Kata-kata hikmah itu adalah seperti berikut :-

Pintu syurga terbuka kepada luas kepada mana-mana wanita yang menjaga solatnya, puasanya dan taat kepada suami dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang

Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseornag isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu

Mereka yang malu untuk memohon kepada Allah SWT selalu adalah di antara yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit kufur

Berikanlah pada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaannya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga, juga sebaliknya

Tanda sejahtera itu – tak rakus dunia, semangat kepada ibadah, baik bicara, jaga solat, bersahabat dengan solihin, menjauhkan yang haram, pemurah, insani, berguna dan sering ingat pada mati

Yakini kamu dengan hati mu, kerjakan ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikirullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan, itulah titik mula sebagai insan

Sebahagian dari tanda syukur itu adalah jujur, taat, redha dan ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut jelaslah ianya kufur dan kufur itu lebih hina dari kafir

Istiqhlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk, sebaliknya mengharap keredhaan Allah SWT sebagai tanda syukur

Benteng kepada nafsu itu ialah syukur, kota kepada syukur adalah redha, pelihara redha dengan ikhlas, bajai ikhlas dengan istiqhlas (sering berbuat baik dan kebajikan)

Al Quran itu merupakan manual dan panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus

Kata orang arifbillah, di antara sifat pada seorang ulamak, dia takut pada Allah SWT, walaupun nyawanya jadi taruhan

Sesuatu kesalahan dam kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan

Orang yang busuk hati adalah orang yang sering memandang kelemahan dan prasangka buruk terhadap teman dan sahabatnya tanpa tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan

Bermula kekufuran di dalam kehidupan adalah apabila kita alpa pada kesyukuran nikmat yang diperolehi sehingga kita menjadi rakus, tamak dan haloba

Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab. Itu menandakan kualiti

Salah satu orang contoh orang yang kuat imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta memaafkan orang lain

Jika hari ini hari terakhir 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan dan keburukan kita ? Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita bersedia

Sebai-baik iman adalah amal, sebaik-baik amal adalah insan, sebaik-baik insan yang pemurah, semurah-murah sedekah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa

Makrifat nafsu mengenal ROH, hakikat nafsu mengenal diri, tariqat nafsu mengenal waktu dan syariat nafsu (lelaki) mengenal isteri

REZEKI yang tercatat itu adalah melalui kadar dan cara kita hidup. tidak semestinya banyak, tetapi sekadar mencukupi. Syukur itu adalah benteng dari yang haram

Sesuatu kerja itu bergantung pada niat, maksud, fikir dan matlamat. Kejayaan atau kegagalan itu disertakan hikmah dan ujian untuk difikir dan direnungkan
Kebaikan bersedekah di dunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati (masyarakat) dan berkat rezeki

Orang yang suka bersedekah itu akan diberkati Allah rezekinya, dipanjangkan usianya,disihatkan tubuh badannya, dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya

Jangan merasa malu meminta kepada Allah SWT selalu keran kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan dan kelemahan

Al Quran dating dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan

Kata orang-orang alim, barang siapa mengamalkan memakan buah tamar/kurmasetiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar

Di antara golongan orang yang dibenci Allah SWT ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim

Zikir itu hubungan dengan Tuhan, Tasbih itu pujian kepada Tuhan, Solat itu tanda syukur sebagai hamba Tuhan dan Quran itu adalah pengamalan kehidupan yang diredhai Tuhan

Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun/toksindalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot-otot serta mampu member imbangan dalam darah

No comments:

Post a Comment